jQuery Lazy Load

rentak pilihan

Tuesday, September 20, 2011

muka surat baru

kecelaruan..itu tajuk kita pada entry kali ini..

sem ni kat ukm ni semua benda boleh dikatakan jadi lain..i mean bukan kitorang tapi sistem kat sini.. kitorang x berubah pun.. duk tang tu jugak..

bermula nya sem ni bertambah la subjek yang perlu kitorang ambik compare ngan yang sem2 lepas. sem lepas pun dalam 5 , 6 subjek gak sebab tarik yang tahun 2 punye (itu x termasuk mereka2 yang just ambik 3 subjek je hehe).

dan sem ni jugak la kitorang kena ambik subjek BI a.k.a academic communication.. haa yess berkomunikasi lah kita dalam bi (cakap bi la sgt kan...hampeh haha)..kitorang ni xdelah pandai nak speaking.. cakap sepatah dua terus jd bm balik.. tapi don't worry sebab dalam kelas tu rupanya ada jugak yang seangkatan dengan kitorang.

lecturer tu cakap..err apa nama lecturer tu ntah, dah 2 kali masuk kelas dia tapi still x tahu nama dia..(sebab muka2 ni je selalu masuk kelas lambat :p).. dia cakap kita kena yakin kita boleh.. time nk tido or bangun tido yang time kita duk tengah mamai2 lagi tu haa time tu la kita cakap kat diri kita "aku boleh..aku boleh".. ni kira macam hipnosis diri sendiri la ni..orang hipnosis orang lain pun time mamai2 la thats why orang tu ikut je.. kalau suami nak suruh isteri yang degil jadi baik ke, nk suruh anak yang keras kepala a.k.a kepala batu tu jadi baik pun camtu la jugak..

dan bermula nye sem ni jugak la ada student centered learning..yakni pembelajaran berpusatkan pelajar di mana dalam kelas tu less lecture tapi student yang cakap banyak.. sesungguhnya saya x bpe suka..sekian hehe..

sem ni nadia dah join group kitorang kat ukm.. hanya dia je leh share kat sini macamana dia punye life kat sini.. tapi xpe2 kitorang ada sedia membantu..

ok stop pasal study sebab nanti suha x suka baca hehe.. sekarang just tunggu suha je pulak masuk sini barulah cukup ahli geng muna.. tapi dah tahu dah jawapan dia.. "malas la nak study balik..ala awal lagi.. " maknanya kalau tunggu dia tak sampai2 jugak senang kira tunggu jelah kad kahwin dia nanti.. kan..dah 22 tahun.. x lama dah tu..alahaii..

rasa cam x ready je kalau bab kawin2 ni.. still rasa diri x matured and childish.. (personal opinion for myself la).. tapi diorang ni xpe la.. from the external view i think they all are matured enough (also from my personal opinion). i don't know why but thats what i can say if i look at in term of appearance, speech, and character..

so ikut la cakap lecturer tu.. set in our mind time mamai2 tu thats we're 22 years old and not a child anymore.. haha..


Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya

assalamualaikum..

hai semua..sempena hari raya aidilfitri yang bakal kita sambut nanti maybe pada 29 september nanti kami muna n da gang nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua umat islam seluruh dunia samada kenal ke x kenal ke asalkan anda menyambut aidilfitri so kami ucap selamat hari raya..

tahun ni kita berpuasa selama 29 hari sahaja. kejap je hari-hari berlalu. sedar2 je kita dah berada di akhir garisan..eh silap akhir bulan ramadhan.. ingat lagu ke huhu.. kat sini xleh tuju2 lagu wahaha.. terima je lagu yg ada ni..redha je..terima hakikat ckit..

entah2 ramadhan akan datang ada lagi ke tak atau kita sempat ke jumpa ramadhan akan datang.. mat saleh meramalkan pada disember 2012 dunia ini akan berakhir.. " 2012 dunia berakhir? siapa tahu.. bagaimana pula dengan masalah kelemumur? " haa yg tu iklan shampoo la..hoho. diorang meramalkan pada disember 2012 nanti dunia ini akan berakhir dan keadaan itu mereka gambarkan dalam filem 2012..

tapi dalam citer tu boleh pulak ada yang terselamat dalam malapetaka tu sedangkan hakikatnya bila kiamat berlaku tiada seorang pun yg akan selamat. semua akan mati. tapi itu citer jelah.. kot klu sume mati nanti jimat la xyah byr kat pelakon.. ahaha jd macam karangan yg pernah tersiar dalam majalah ujang dulu kan.. mak dia kena langgar ngan lori mak dia kejar lori, angkat lori, eksiden ngan feri, sume penumpang mati, orang ni terkejut terus mati. orang tu terkejut terus mati, dia balik umah terkejut terus mati.. sume orang mati lah.. nasib baik orang yang baca tu tak mati sekali..ish

back to topik td, pernah ada artikel yg mengatakan pada tahun 2012 yakni tahun depan dalam pertengahan bulan ramadhan pada 15 ramadhan yang jatuh pada hari jumaat akan terjadi huru hara... wallahualam.. kalau nak dikira tanda2 kiamat memang sudah banyak.. kiamat itu tetap akan berlaku cuma itu rahsia Allah kita xleh ramal sendiri. kalau sume ramal sendiri bukanlah rahsia namanya.. itu dari apa yang dibaca sahaja.

tapi kemusnahan yg akan berlaku boleh juga jadi sebab kerosakan yang manusia lakukan pada bumi ni. pemanasan lapisan ozon, pembakaran terbuka (meskipun sy juga bakar sampah kt kampung ops..) , pembakaran bahan2 fosil dari kilang2 secara berterusan sehingga menghasilkan berjuta2 ton nitrogen dioksida dan karbon dioksida yang akan bergabung dengan air hujan membentuk hujan asid..permintaan elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan ini terus dibakar secara berleluasa dalam industri kita.. bila hujan asid jadi la macam2 penyakit.. eh ni ada kena mengena dengan kemusnahan dunia ni ke..ops..

ok2 kita akhiri post kita ni dengan ucapan selamat hari raya.. jangan main mercun sebab mercun kecik..main meriam tu besar sikit.. suha tu kat kampungnya hari2 bunyi meriam tiap kali sahur dan berbuka.. jadi kepada makcik2 yg ada sakit jantung jangan duk sebelah meriam tu ek nanti x pasal2 jadi ramadhan terakhir.... citer slot samarinda tu kan ramadhan terakhir kan dh abis dah..ish cepat betul.. orang lain yang ingt dia mati tp orang lain pulak yang mati..dah agak dah.. sakinah leh ubah seluruh keluarga tu yang "sosial" sangat tu... wahaha tukar topik pulak..

haa lg 1 persoalan pasal mercun.. bapak2 yang merokok rasanya xde alasan untuk melarang anak dia dari main mercun kan..kan.. sebabnye??? contoh la kan dialog tu cam gini

Bapak : kau x payah la membazir duit beli mercun benda yang x berfaedah tu..

Anak : ala kalau beli rokok tu pun cama jugak membajir jugak.. :p

Bapak : kau bakar mercun tu apa yg kau dapat.. dah bakar bunyi "BOOMM!!" abis la..bakar duit la nama nye tu.. bukan dapat ape pun..

Anak : dapat kepuasan kot pak..hehe tapi kalau icap rokok tu camane pula bapak? abis hisap pastu hembus "fuhh.." dapat asap je pak..bakar duit gak tu.. :p

Bapak : kau tu budak2.. bukan pandai sangat main mercun.. silap main nanti kan terbakar umah ni.. kalau kena kat orang lain nanti mati orang lain pulak

Anak : kalau hisap rokok silap hembus kt orang lain nanti orang lain yang mati dulu pak.. sape nak bertanggungjawab tu.. rosak paru2...paru2 pak jugak kan.. :p

Bapak : xpelah bapak ni dah tua.. dah nak mati dah pun.. kalau x pasal rokok pun nanti mati jugak..

Anak : xpelah pak.. sy ni kecik lagi.. kalau mati pun nak wat camane.. dah ajal.. (ajal yang sendiri bikin ) dosa pun x bpe nak banyak lagi nak banding ngan orang2 yang dah tua... mati awal2 dosa kurang cikit mati tua2 x sempat pulak nak tobat ngeeee.. ada ke cenggitu pak..:p

Bapak : haa melawan2..

hahaahaha... dialog tu sendiri punye kelentong je tu..terlintas kt otak..


sekarang dah kol 5 petang nak kena gi masak la ni ok.. untuk berbuka..selamat berbuka dan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA!!!

Wednesday, August 3, 2011

selamat berpuasa


~ selamat berpuasa semua umat islam ~

assalamualaikum..

haa kawan2, sekarang ni kite tgh puasa..sume ni puasa x ni..kita stat puasa hari isnin yakni pd 1 ogos 2011..ramai yg upload status kat facebook pelik bila penyimpan mohor besar raja2 yg selalu duk umum puasa n raya kt tv tu iaitu YM. Engku Tan Sri D ato' Sri Ibrahim Bin Engku Ngah dah tukar org lain.. yelah pakcik tu dh umum pasal puasa ngn raya sejak beberapa puluh tahun dulu..22 tahun ke bpe x ingt la..tp sejak kitorang lahir lg la muka beliau jelah kt tv tu..dah terbiasa dgn kata2 dan susunan ayat beliau yg lemah lembut..lemah gemalai..ayat yg x berubah sama je sejak dlu...tarikh ngn baju beliau je yg berubah haha..

susunan ayat beliau ketika pengumuman..

Bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum.. warahmatullahi.. wabarakatuh..
bagi menyempurnakan titah perintah..
seri paduka baginda..yg dipertuan agong..
setelah diperkenankan oleh..
duli2 yg maha mulia..raja2..
maka adalah dgn ini sy mengisytiharkan..
bahawa tarikh permulaan puasa..
bagi negeri2..seluruh malaysia..
telah ditetapkan..pada hari sabtu..
22 ogos tahun 2009...
sekian..
wassalamualaikum.. warahmatullahi..wabarakatuh...



ha tu pengumuman yg tahun lepas punya la..hehehe..ni sedikit biodata beliau..

~ Dah berkhidmat selama 22 tahun ~
~ lahir pada tahun 1932 sekarang umur dia 79 tahun ~
~ turut berperanan sbg setiausaha dlm masjlis raja2 jd jurucakap majlis ~
~ mula jd penyimpan mohor besar pd 1 januari 1989 (tahun kitorang tu..)
~ beliau menggantikan Datuk Zainal Abidin Muhammad Yusuf yg dah
pegang jawatan tu sejak okt 1980 -sept 1989 ~
~ pernh jd setiausaha sulit kpd salah seorang yang dipertuan agong ~
~ merupakan bekas timbalan ketua setiausaha (II) jabatan perdana menteri
dan bersara dari kerajaan pd april 1987 - BERNAMA ~



asyik jd setiausaha aje beliau kan..haa bkn orang pompuan je leh jd setiausaha..penyimpan mohor besar sekarang dah tukar dah dengan orang lain.. nama dia Datuk Syed Danial Syed Ahmad.. orang kata dia umum laju sgt..sesetengah org ckp x kira sape announce tetap ada feel and debaran tp xpelah dah umum dah pn..dh puasa dh pun..xyah nk kecoh..

ni la gmbar beliau masa pengumuman tu..


ni cikit biodata dia..sy pun tgk kt orang lain punya ni..xpelah berkongsi ape salahnya kan..

~ lahir pada tahun 1945 sekarang berumur 66 tahun ~
~ berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya dan
sarjana dari Universiti of Wisconsin,Madison di Amerika Syarikat ~
~ pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan
Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara ~
~ dilantik dalam mesyuarat majlis raja2 kali ke 222 tahun lepas ~
~ dilantik secara kontrak 3 tahun ~
~ berasal dari pulau pinang ~
~ telah berkhidmat dalam kerajaan selama 32 tahun
sbg pegawai tadbir dan diplomatik di beberapa kementerian seperti
kementerian perumahan, kerajaan tempatan, dan kerajaan dalam negeri ~ BERNAMA


Itulah sedikit sebanyak citer penyimpan mohor besar raja2 kita..eh sekarang ni jam dah pukul 1 pg..esk nk bgun sahur lak..moh ler kita tidur.. teringat pulak dulu masa kt umah sewa kan muna gang sume..masa tu bulan puasa la..masa tu jugak la kitorg mula menubuhkan blog ni.. pukul 2 pg tu..masing2 tanak tido..pastu buat benda ni sementara nk tunggu sahur kol 4..so dari situlah kitorang mula tulis blog ni but then terbantut selama setahun gak la..sbb x pndai nk update..sekarang ni je rajin cikit..cikit jelah..ok la sekali lg selamat berpuasa..

nampaknye kena tukar lagu background ni..sempena ramadhan.. :)

Saturday, July 16, 2011

malaysia vs indonesia


lagi berita..:p

sy ada terbaca di 1 blog milik warga indonesia. sy x bpe nk faham tp buat2 faham je la.. bkn semua warga indonesia membenci negara malaysia.. malah ada jgk yg CINTAKAN MALAYSIA!!

Yusran Durmawan penulis blog tu..ni link dia http://politik.kompasiana.com/2010/08/29/maaf-saya-cinta-malaysia/ ..

sy sbnr nye x pasti knp indon benci btul ngn malaysia..siap bakar bendera malaysia lg.. rupa nye psl ikan.. nelayan kita curi ikan diorg n pemerintah kita x amik tindakan. pemerintah kita jgk ada menahan petugas indon.. eh skali ngn cek nk ckp indon..huhu

sbb kes itu dan peristiwa2 sebelumnya mereka mula membenci malaysia dan anggap malaysia sbg musuh. beliau mengakui malaysia dulu nya seperti bawang. kecik, pandang sebelah mata je tp skrg dh jd gah membangun sedangkan mereka masih sibuk belajar hal2 seperti tabung gas seberat 3 kg yg sering meledak, penggusuran di mana2, kekacauan di ibu kota dan masalah dgn pemerintah diorg.

dlu malaysia hampir bergabung dengan indonesia membentuk 1 negara tp 3 hari sblm indon merdeka iaitu 14 ogos 1945, presiden diorg, Bung Karno jmpe ngan Ibrahim Jacob, tokoh kesatuan muda malaya kt cni. Jacob minta malaya msuk dlm NKRI yg akn segera diproklamasikan.. sy x pham sgt apa tu NKRI n proklamasi tu hehe..just ikut dia ckp je.. dia kta syg nye Bung Karno tu tolak n x msukkan dlm naskah proklamasi serta claim ats kewilayahan. kata org Bung x mahu dicap sbg serakah sbb mencaplok malaysia gtu je..ikut2.. :p

indonesia mmg perkasa dulu sbb ada byk sejarah. dia kta lg mungkin kita org malaysia akn bersyukur sbb x bergabung dgn indon sbb nti akan menikmati politik tanpa etika, kekacauan di negara diorg tu, penguasa yg hanya mahu mewariskan kekuasaan pada keluarga atau saat pemerintah digulingkan rakyat nye sendiri.

indon dlu terkenal dgn kisah majapahit yg mempersatukan nusantara.. mereka bangga dgn kemerdekaan negara mereka yg dicapai dgn titisan drah. beliau berkata lagi..alamak mcm bca berita plk..hehehe ..malaysia ni xlah kaya sgt berbanding indon, kecik lak tu tp berani bangun majukan negara..dia bkn nk memalingkan negara dia tp hakikat sbnr dia just nk bgtau mereka patut byk bljr dr malaysia..

ada jgk yg mmg x sokong dgn tindakan malaysia yg ada kalanya mencuri adat or budaya negara mereka...maybe dari segi tarian or batik or whatever tanpa keizinan mereka. tp selebihnya nmpk mereka lebih kpd memuji. mereka walaupun indon bermusuh dgn malaysia tp upin ipin terkenal jgk kt indon. kt pasar kt bandar mna2 je ada sje upin ipin tu..buat jd keychain la..ini kerana org yg buat upin ipin tu ada rsa kebanggaan. sedangkan mereka masih lg sibuk dengan sinetron gila yg melibatkan anak2 balita dlm rumah tangga dan penuh ngn air mata.

mereka jgk kagum dgn malaysia yg membangunkan langkawi.. dlu langkawi tu kita buat gtu2 je tp skrg dh jd cantik lebih lg dari Bali. mereka bangga dgn usaha kita.

rasa cemburu n terhina ni mmg xkan habis dan sampai bila jugak rakyat xkan maju..rmai lg yg masih bekerja kt cni.. mcm mna nk protes keras klu perut dan kocek masih lg tergantung kt cni..haa itu apa yg diorg bgtau la..

tp maybe ada kesilapan2 kecil yg org kita lakukan pd diorg menyebabkan timbulnya kebencian tu..tambahan plk bila pemerintah kita tidak mengambil tindakan so mmg la pandangan sebegitu timbul..

apa2 pn kita harus menjaga perpaduan kita..agar menjadi kebanggaan di mata dunia...peace no war.. :)


perhimpunan bersih lak


ape ni...

lama sudah x jenguk ke sini.. nk jenguk cmane dh x update xkn nk tgk bnda sma je..keboringan la jd nye.. sekarang 16/7/2011 ape yg nk ditulis.. baru2 ni msa 9 julai kite tgk BERSIH buat perhimpunan untuk menyuarakan pendapat mereka.. x pasti plk berapa jumlah pengikut tu yg pasti nye rmai..

sebenarnye pendapat sy kn..pendapat sy la..tidak menunjuk kepada pihak kerajaan or pembangkang ek.. just sy rsa je sbb sy x mengundi lg.. and ni bkn jgk pendapat sume member kt cni.. just sy rsa je.. bdk2 ni punye pendapat kna tnya sendiri la and sila beri komen la..ish byk plk belit nye..

perhimpunan tu sya rsa x slh sbb diorg just nk suarakan pendapat je.. org kta tu je cara yg leh wat sbb klu ikut media x jd ada yg berat sebelah.. ni apa yg sy dgr la..sy dgr je.. pastu sy tgk kt tv3 dia tnjuk perarakan pengikut BERSIH ni.. mcm tkut plk.. mcm kt luar negara.. waaa jgn smpai jd cam 13 mei 1969 sudah. ptut nye perhimpunan tu PM suh wat kat stadium.. tp org kta polis x bg wat kt stadium tu so diorg wat la kt luar.

pastu org ni plk kta knp kna wat kt KL knp x buat kt tmpat lain..org tu plk kta sbb nk bg ape tah kt Agung maybe sbb tu diorg wat kt KL.. ada yg kta msa tu PM pegi kuantan.. org tu kta PM nk lari org ni kta PM ada urusan..

ada yg boikot tv3 sbb tv3 berat sebelah.. tp sy tgk mmg la kdg2 tv3 ni asyik sblh kerajaan n x prnh puji pembangkang.. surat khabar pn sma gk ada jgk kdg2 sy tgk berat sblk jgk.. eh ni sye tgk je jgn mrh sy ye.. dlm internet tnjuk khairy menantu paklah tu kna tangkap msa tgh cuci mta sbb kna gas pemedih mata yg polis baling tuk suraikan org rmai. diorg buat perarakan jgk sbb nk bantah perhimpunan tu tp sma jelah buat perarakan jgk tu..entahlah.. tp paper x tnjuk plk yg tu..

sy rsa la perhimpunan ni klu buat kt stadium tu klu polis bg xde la jd mcm tu..so bila diorg x bg jd la perarakan ats jln..sume jln ttup..org rmai ssh.. nti klu org luar dtg diorg tgk mmg nmpk la rapuh nye perpaduan tu..ape lg yg nk dibanggakan.

sy x pndai nk bncang psl ni..sy x pndai politik.. sy ckp spe yg sy dgr je..sy duk kt tgh2 je..huhu renung2 kn dan selamat meramal.. peace..hehe





Contact Tables

I edited my layout at Bigoo.ws, check out these Myspace Layouts!