jQuery Lazy Load

rentak pilihan

Wednesday, August 3, 2011

selamat berpuasa


~ selamat berpuasa semua umat islam ~

assalamualaikum..

haa kawan2, sekarang ni kite tgh puasa..sume ni puasa x ni..kita stat puasa hari isnin yakni pd 1 ogos 2011..ramai yg upload status kat facebook pelik bila penyimpan mohor besar raja2 yg selalu duk umum puasa n raya kt tv tu iaitu YM. Engku Tan Sri D ato' Sri Ibrahim Bin Engku Ngah dah tukar org lain.. yelah pakcik tu dh umum pasal puasa ngn raya sejak beberapa puluh tahun dulu..22 tahun ke bpe x ingt la..tp sejak kitorang lahir lg la muka beliau jelah kt tv tu..dah terbiasa dgn kata2 dan susunan ayat beliau yg lemah lembut..lemah gemalai..ayat yg x berubah sama je sejak dlu...tarikh ngn baju beliau je yg berubah haha..

susunan ayat beliau ketika pengumuman..

Bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum.. warahmatullahi.. wabarakatuh..
bagi menyempurnakan titah perintah..
seri paduka baginda..yg dipertuan agong..
setelah diperkenankan oleh..
duli2 yg maha mulia..raja2..
maka adalah dgn ini sy mengisytiharkan..
bahawa tarikh permulaan puasa..
bagi negeri2..seluruh malaysia..
telah ditetapkan..pada hari sabtu..
22 ogos tahun 2009...
sekian..
wassalamualaikum.. warahmatullahi..wabarakatuh...



ha tu pengumuman yg tahun lepas punya la..hehehe..ni sedikit biodata beliau..

~ Dah berkhidmat selama 22 tahun ~
~ lahir pada tahun 1932 sekarang umur dia 79 tahun ~
~ turut berperanan sbg setiausaha dlm masjlis raja2 jd jurucakap majlis ~
~ mula jd penyimpan mohor besar pd 1 januari 1989 (tahun kitorang tu..)
~ beliau menggantikan Datuk Zainal Abidin Muhammad Yusuf yg dah
pegang jawatan tu sejak okt 1980 -sept 1989 ~
~ pernh jd setiausaha sulit kpd salah seorang yang dipertuan agong ~
~ merupakan bekas timbalan ketua setiausaha (II) jabatan perdana menteri
dan bersara dari kerajaan pd april 1987 - BERNAMA ~



asyik jd setiausaha aje beliau kan..haa bkn orang pompuan je leh jd setiausaha..penyimpan mohor besar sekarang dah tukar dah dengan orang lain.. nama dia Datuk Syed Danial Syed Ahmad.. orang kata dia umum laju sgt..sesetengah org ckp x kira sape announce tetap ada feel and debaran tp xpelah dah umum dah pn..dh puasa dh pun..xyah nk kecoh..

ni la gmbar beliau masa pengumuman tu..


ni cikit biodata dia..sy pun tgk kt orang lain punya ni..xpelah berkongsi ape salahnya kan..

~ lahir pada tahun 1945 sekarang berumur 66 tahun ~
~ berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya dan
sarjana dari Universiti of Wisconsin,Madison di Amerika Syarikat ~
~ pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan
Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara ~
~ dilantik dalam mesyuarat majlis raja2 kali ke 222 tahun lepas ~
~ dilantik secara kontrak 3 tahun ~
~ berasal dari pulau pinang ~
~ telah berkhidmat dalam kerajaan selama 32 tahun
sbg pegawai tadbir dan diplomatik di beberapa kementerian seperti
kementerian perumahan, kerajaan tempatan, dan kerajaan dalam negeri ~ BERNAMA


Itulah sedikit sebanyak citer penyimpan mohor besar raja2 kita..eh sekarang ni jam dah pukul 1 pg..esk nk bgun sahur lak..moh ler kita tidur.. teringat pulak dulu masa kt umah sewa kan muna gang sume..masa tu bulan puasa la..masa tu jugak la kitorg mula menubuhkan blog ni.. pukul 2 pg tu..masing2 tanak tido..pastu buat benda ni sementara nk tunggu sahur kol 4..so dari situlah kitorang mula tulis blog ni but then terbantut selama setahun gak la..sbb x pndai nk update..sekarang ni je rajin cikit..cikit jelah..ok la sekali lg selamat berpuasa..

nampaknye kena tukar lagu background ni..sempena ramadhan.. :)

No comments:

Post a Comment

Contact Tables

I edited my layout at Bigoo.ws, check out these Myspace Layouts!