salam semua..salam 1 malaysia..huhu tetiba je hari salam 1 malaysia..biasa x pernah pun..xpa2 sekali sekala..apa entry kita kali ni ya?
ermmm bila nak tulis entry..kena fikir.. amik masa dekat 5 minit duduk berteleku depan skrin..merenung ruangan post ni dengan pandangan kosong.. ibarat merenung masa depan yang x pasti.. mungkin ada saja coretan yang ingin dikongsikan, berlegar2 di kepala tetapi jari jemari menjadi kaku seolah-olah tidak membenarkan apa yang bermain di kepala penulis dicoretkan di dalam blog ini. Perlukah apa yang difikirkan itu dikongsi untuk tatapan atau biarkan sahaja ianya berlalu. Angin yang menghembus lembut ke pipi menyedarkan si penulis untuk terus mengarang. papan kekunci hitam ini tetap jua ditekan bagi mengisi ruangan kosong yang sedia menadah setiap patah perkataan yang diluahkan padanya....
agak sastera ayat atas itu.. ok i know you all berbelit nak baca.. sje2 nk mengarut2 jap hehe..ok teruskan pada entry kita.. haa about love..ehem2.. ok entah kenapa musim sekarang ni topik ni pulak yang timbul.. bukannya sebelum ni topik ni x pernah diketengahkan..tetapi di keboringan ini rasanya tajuk ni macam boleh masuk pulak. xpe kan.. (kalau setuju kasi angguk itu kepala..)..
group muna ni x la sume nye ada pakwe.. hanya sesetengah aje., dan mungkin ada pakwe tapi x umum.. tau2 je putus. haha. atau mungkin ada yang pakwe ramai keliling pinggang sampai x cukup tangan nak mesej tapi at last x sorang pun dia pilih jadi pakwe. atau mungkin ada yang jenis putus sambung putus sambung balik..(kalau kawin dah berapa kali rujuk dah tu..no no no xleh lebih talak 3)..atau ada yang ok ngan pakwe tapi kadang2 sampai campak2 tepon.. kesian tepon itu.. :p
bagi mereka2 yang xde pakwe dalam group ni (x mention nama k..) kitorang bukannya anti-couple..no no no... just camane nak cakap ek.. ada la alasan2 tu.. apa alasan nye..maybe macam kat bawah ni..
~ single is better ( betul la.. mana ada orang nak kongkong, nak kena report aktiviti kita ari2)
~ x sampai seru (hehe leh x alasan tu.. )
~ belum jumpa yang sesuai/suka (bukan memilih.. tp kadang2 memilih itu ok wat,,. kalau kita terima sape2 jadi pakwe kita, tapi hakikatnya kita x yakin dia memang betul2 pilihan yang kita nak nanti kita jugak yang lari..nak lari pun susah.. just mengelak dari menyakiti hati mereka kelak)
~ looking for a future husband.. (hakikatnya gitu la.. takat nak cinta monyet i think no need la..huhu cari la pakwe yang kita rasa boleh jadi suami yang baik yang boleh jaga and bimbing kita nanti bukan yang hanya tahu bawak kita meronda je..)
enough la..kalau creteria tu xyah la bagitau..sendiri tahu sudah.. ermm kebanyakan dari kitorang memilih untuk kahwin pada umur 25, 26. means 3,4 tahun lg la.. huhu kalau ada pakwe boleh la kalau xde pakwe sila teruskan pencarian anda.. :p
budak2 sekolah sekarang ni pun dah pandai cintan cintun.. couple ngan budak kelas jugak.. pastu bila dh break macam2 status la keluar kat fb.. gaduh berebut pakwe la, marah, sedih siap ada yang nangis2 tu, hurmm i think x perlu sume tu. just look about their age.. sekolah lagi.. budak laki tu pun sekolah jugak ape.. sekelas lagi tu.. perlu ke nak menghabiskan air mata tuk perkara ni.. diorang nak belanja awek pun maybe mintak duit ngan mak ayah, pastu bila couple ngan dak pompuan lain pulak mula la timbul adegan berebut pakwe.. adoyai penat la baca status dak2 sekolah pasal cinta ni. udah2 ler belum confirm pun diorang tu jadi suami adik2 sekalian nanti.. kalau nak couple cari la time belajar kat U boleh la..
even orang cakap jadi isteri orang ni tugas dia hanyalah melayan suami, tapi hakikatnya bukan ler gtu.. yo la, xkan la layan suami je.. yang orang laki pulak sebelum kawin cakap xpe2 dia nak isteri dia nanti layan dia je, yang lain isteri dia x payah buat..sebab cinta.. tapi.. xkan la nak makan cinta tu cik abang sume.. orang makan nasik.. lain la kalau si suami tu jenis yang rajin sangat2.. pandai masak pandai kemas rumah pandai jaga anak ish memang leh masuk list la haha.
kehadiran si isteri tu tuk mengurus kehidupan suaminya. urus rumah, urus pakaian, makan minum, urus suami dia sekali. jadi kalau ada isteri yang bekerja tu si suami perlu sedar bahawa keje isterinya tu keje double berbanding dia. Dia keje office, isteri keje office, tapi bila balik rumah keje dia dah abis.. keje isteri still continue lg.. haa.. so cari la suami yang pandai wat sume tu yang leh tolong kita baru la ada keharmonian dalam rumahtangga tu. sume wat sesama.. bukan time tido je nak sesama.. x patut..
rasa macam dah panjang sangat pulak.. ok la kita berenti la setakat ini dahulu bagi entry ni.. dah petang..dah hujan.. nk balik umah. peace.
No comments:
Post a Comment