jQuery Lazy Load

rentak pilihan

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya

assalamualaikum..

hai semua..sempena hari raya aidilfitri yang bakal kita sambut nanti maybe pada 29 september nanti kami muna n da gang nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua umat islam seluruh dunia samada kenal ke x kenal ke asalkan anda menyambut aidilfitri so kami ucap selamat hari raya..

tahun ni kita berpuasa selama 29 hari sahaja. kejap je hari-hari berlalu. sedar2 je kita dah berada di akhir garisan..eh silap akhir bulan ramadhan.. ingat lagu ke huhu.. kat sini xleh tuju2 lagu wahaha.. terima je lagu yg ada ni..redha je..terima hakikat ckit..

entah2 ramadhan akan datang ada lagi ke tak atau kita sempat ke jumpa ramadhan akan datang.. mat saleh meramalkan pada disember 2012 dunia ini akan berakhir.. " 2012 dunia berakhir? siapa tahu.. bagaimana pula dengan masalah kelemumur? " haa yg tu iklan shampoo la..hoho. diorang meramalkan pada disember 2012 nanti dunia ini akan berakhir dan keadaan itu mereka gambarkan dalam filem 2012..

tapi dalam citer tu boleh pulak ada yang terselamat dalam malapetaka tu sedangkan hakikatnya bila kiamat berlaku tiada seorang pun yg akan selamat. semua akan mati. tapi itu citer jelah.. kot klu sume mati nanti jimat la xyah byr kat pelakon.. ahaha jd macam karangan yg pernah tersiar dalam majalah ujang dulu kan.. mak dia kena langgar ngan lori mak dia kejar lori, angkat lori, eksiden ngan feri, sume penumpang mati, orang ni terkejut terus mati. orang tu terkejut terus mati, dia balik umah terkejut terus mati.. sume orang mati lah.. nasib baik orang yang baca tu tak mati sekali..ish

back to topik td, pernah ada artikel yg mengatakan pada tahun 2012 yakni tahun depan dalam pertengahan bulan ramadhan pada 15 ramadhan yang jatuh pada hari jumaat akan terjadi huru hara... wallahualam.. kalau nak dikira tanda2 kiamat memang sudah banyak.. kiamat itu tetap akan berlaku cuma itu rahsia Allah kita xleh ramal sendiri. kalau sume ramal sendiri bukanlah rahsia namanya.. itu dari apa yang dibaca sahaja.

tapi kemusnahan yg akan berlaku boleh juga jadi sebab kerosakan yang manusia lakukan pada bumi ni. pemanasan lapisan ozon, pembakaran terbuka (meskipun sy juga bakar sampah kt kampung ops..) , pembakaran bahan2 fosil dari kilang2 secara berterusan sehingga menghasilkan berjuta2 ton nitrogen dioksida dan karbon dioksida yang akan bergabung dengan air hujan membentuk hujan asid..permintaan elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan ini terus dibakar secara berleluasa dalam industri kita.. bila hujan asid jadi la macam2 penyakit.. eh ni ada kena mengena dengan kemusnahan dunia ni ke..ops..

ok2 kita akhiri post kita ni dengan ucapan selamat hari raya.. jangan main mercun sebab mercun kecik..main meriam tu besar sikit.. suha tu kat kampungnya hari2 bunyi meriam tiap kali sahur dan berbuka.. jadi kepada makcik2 yg ada sakit jantung jangan duk sebelah meriam tu ek nanti x pasal2 jadi ramadhan terakhir.... citer slot samarinda tu kan ramadhan terakhir kan dh abis dah..ish cepat betul.. orang lain yang ingt dia mati tp orang lain pulak yang mati..dah agak dah.. sakinah leh ubah seluruh keluarga tu yang "sosial" sangat tu... wahaha tukar topik pulak..

haa lg 1 persoalan pasal mercun.. bapak2 yang merokok rasanya xde alasan untuk melarang anak dia dari main mercun kan..kan.. sebabnye??? contoh la kan dialog tu cam gini

Bapak : kau x payah la membazir duit beli mercun benda yang x berfaedah tu..

Anak : ala kalau beli rokok tu pun cama jugak membajir jugak.. :p

Bapak : kau bakar mercun tu apa yg kau dapat.. dah bakar bunyi "BOOMM!!" abis la..bakar duit la nama nye tu.. bukan dapat ape pun..

Anak : dapat kepuasan kot pak..hehe tapi kalau icap rokok tu camane pula bapak? abis hisap pastu hembus "fuhh.." dapat asap je pak..bakar duit gak tu.. :p

Bapak : kau tu budak2.. bukan pandai sangat main mercun.. silap main nanti kan terbakar umah ni.. kalau kena kat orang lain nanti mati orang lain pulak

Anak : kalau hisap rokok silap hembus kt orang lain nanti orang lain yang mati dulu pak.. sape nak bertanggungjawab tu.. rosak paru2...paru2 pak jugak kan.. :p

Bapak : xpelah bapak ni dah tua.. dah nak mati dah pun.. kalau x pasal rokok pun nanti mati jugak..

Anak : xpelah pak.. sy ni kecik lagi.. kalau mati pun nak wat camane.. dah ajal.. (ajal yang sendiri bikin ) dosa pun x bpe nak banyak lagi nak banding ngan orang2 yang dah tua... mati awal2 dosa kurang cikit mati tua2 x sempat pulak nak tobat ngeeee.. ada ke cenggitu pak..:p

Bapak : haa melawan2..

hahaahaha... dialog tu sendiri punye kelentong je tu..terlintas kt otak..


sekarang dah kol 5 petang nak kena gi masak la ni ok.. untuk berbuka..selamat berbuka dan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA!!!

Wednesday, August 3, 2011

selamat berpuasa


~ selamat berpuasa semua umat islam ~

assalamualaikum..

haa kawan2, sekarang ni kite tgh puasa..sume ni puasa x ni..kita stat puasa hari isnin yakni pd 1 ogos 2011..ramai yg upload status kat facebook pelik bila penyimpan mohor besar raja2 yg selalu duk umum puasa n raya kt tv tu iaitu YM. Engku Tan Sri D ato' Sri Ibrahim Bin Engku Ngah dah tukar org lain.. yelah pakcik tu dh umum pasal puasa ngn raya sejak beberapa puluh tahun dulu..22 tahun ke bpe x ingt la..tp sejak kitorang lahir lg la muka beliau jelah kt tv tu..dah terbiasa dgn kata2 dan susunan ayat beliau yg lemah lembut..lemah gemalai..ayat yg x berubah sama je sejak dlu...tarikh ngn baju beliau je yg berubah haha..

susunan ayat beliau ketika pengumuman..

Bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum.. warahmatullahi.. wabarakatuh..
bagi menyempurnakan titah perintah..
seri paduka baginda..yg dipertuan agong..
setelah diperkenankan oleh..
duli2 yg maha mulia..raja2..
maka adalah dgn ini sy mengisytiharkan..
bahawa tarikh permulaan puasa..
bagi negeri2..seluruh malaysia..
telah ditetapkan..pada hari sabtu..
22 ogos tahun 2009...
sekian..
wassalamualaikum.. warahmatullahi..wabarakatuh...



ha tu pengumuman yg tahun lepas punya la..hehehe..ni sedikit biodata beliau..

~ Dah berkhidmat selama 22 tahun ~
~ lahir pada tahun 1932 sekarang umur dia 79 tahun ~
~ turut berperanan sbg setiausaha dlm masjlis raja2 jd jurucakap majlis ~
~ mula jd penyimpan mohor besar pd 1 januari 1989 (tahun kitorang tu..)
~ beliau menggantikan Datuk Zainal Abidin Muhammad Yusuf yg dah
pegang jawatan tu sejak okt 1980 -sept 1989 ~
~ pernh jd setiausaha sulit kpd salah seorang yang dipertuan agong ~
~ merupakan bekas timbalan ketua setiausaha (II) jabatan perdana menteri
dan bersara dari kerajaan pd april 1987 - BERNAMA ~



asyik jd setiausaha aje beliau kan..haa bkn orang pompuan je leh jd setiausaha..penyimpan mohor besar sekarang dah tukar dah dengan orang lain.. nama dia Datuk Syed Danial Syed Ahmad.. orang kata dia umum laju sgt..sesetengah org ckp x kira sape announce tetap ada feel and debaran tp xpelah dah umum dah pn..dh puasa dh pun..xyah nk kecoh..

ni la gmbar beliau masa pengumuman tu..


ni cikit biodata dia..sy pun tgk kt orang lain punya ni..xpelah berkongsi ape salahnya kan..

~ lahir pada tahun 1945 sekarang berumur 66 tahun ~
~ berkelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya dan
sarjana dari Universiti of Wisconsin,Madison di Amerika Syarikat ~
~ pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan
Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara ~
~ dilantik dalam mesyuarat majlis raja2 kali ke 222 tahun lepas ~
~ dilantik secara kontrak 3 tahun ~
~ berasal dari pulau pinang ~
~ telah berkhidmat dalam kerajaan selama 32 tahun
sbg pegawai tadbir dan diplomatik di beberapa kementerian seperti
kementerian perumahan, kerajaan tempatan, dan kerajaan dalam negeri ~ BERNAMA


Itulah sedikit sebanyak citer penyimpan mohor besar raja2 kita..eh sekarang ni jam dah pukul 1 pg..esk nk bgun sahur lak..moh ler kita tidur.. teringat pulak dulu masa kt umah sewa kan muna gang sume..masa tu bulan puasa la..masa tu jugak la kitorg mula menubuhkan blog ni.. pukul 2 pg tu..masing2 tanak tido..pastu buat benda ni sementara nk tunggu sahur kol 4..so dari situlah kitorang mula tulis blog ni but then terbantut selama setahun gak la..sbb x pndai nk update..sekarang ni je rajin cikit..cikit jelah..ok la sekali lg selamat berpuasa..

nampaknye kena tukar lagu background ni..sempena ramadhan.. :)
Contact Tables

I edited my layout at Bigoo.ws, check out these Myspace Layouts!